Dec 27, 2009

ECPI di Karnival Rakyat Jom Halal di Stadium Kajang



Assalamualaikum,

Mari kita memeriahkan Karnival Rakyat Jom Halal @ Stadium Kajang sempena Jubli Perak 25 tahun Pas Kawasan Hulu Langat. Jangan lupa untuk singgah di gerai ECPI kami di sana. Blh dapat maklumat terkini tentang produk-produk ECPI. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Juga ada belon untuk kanak-kanak.

Dec 16, 2009

Promosi Hujung Tahun

Pihak Stokis ECPI Seri Kembangan dengan ini berbesar hati ingin memaklumkan akan mengadakan promosi penghujung tahun. Promosi tersebut merupakan dengan setiap pendaftaran baru ahli/pengedar ECPI dengan pihak kami akan dihadiah dengan sebotol ECPI Water 1.5 liter. Maka selain daripada dapat Starter Kit, ahli baru juga akan dapat sebotol ECPI Water 1.5 liter.

Kelebihan menjadi pengedar ECPI ialah

  1. Yuran keahlian RM50 seumur hidup
  2. Untung Runcit 33%-40%
  3. Bonus Easy and Enjoy 8% CTO
  4. Bonus Program Kereta 3% CTO
  5. Bonus Prestasi Pemimpin 3%-12%
  6. Bonus Usahawan 12%
  7. Bonus Unilevel 40%
  8. Bonus Tahunan 2% CTO
  9. Rebet Jualan 3% untuk Pusat Jualan
  10. Rebet Jualan 3% untuk Pusat Servis
Pendaftaran Ahli / Pengedar ECPI hanya RM50 seumur hidup. Selain daripada dapat semua kelebihan di atas semua pendaftaran baru juga akan dapat hadiah dari pihak kami seperti di bawah :-

Dec 3, 2009

Pakej Promosi Sales Point November/Disember 2009

Pakej Promosi Sales Point November/Disember 2009

Sehubungan perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak syarikat akan mengadakan pakej promosi Sales Point. Promosi ini perlu dilihat sebagai langkah bagi mempertingkatkan komitmen ahli2 terhadap perniagaan yang mereka jalankan .Statistik memperlihatkan komitmen SP jauh lebih tinggi berbanding dengan ahli biasa

Pengenalan pakej ini bertujuan untuk merangsang ahli-ahli biasa untuk terlibat di dalam perniagaan ini secara lebih serius . Pakej yang di tawarkan ini termasuk yuran penyertaan Seminar Pembangunan Perniagaan (SPP) bagi memastikan ahli-ahli terlibat mempunyai kefahaman terhadap sistem yang dijalankan. Berikut merupakan senarai pakej promosi yang ditawarkan:

Pakej Perniagaan Sales Point:-

ECPI 1.5 liter - 16 kotak @ RM1,056.00
ECPI GTH - 2 kotak @ RM185.00
ECPI Anggun - 2 kotak @ RM126.00
Bunting - 2 keping @ RM30.00
Flyers - 1000 keping @ RM70.00
Seminar SPP - 1 tiket @ RM 50.00
Kit Permulaan - 1 set @ RM35.00
GLP Note Book - 1 buku @ PERCUMA
Total RM1,552.00

Tawaran SAH sehingga 31 DISEMBER 2009

"BERSAMA MEMBINA PERADABAN BARU"

Dec 1, 2009

Keratan Akhbar Berkenaan ECPI GTH

Harian Metro 28 Mac 2009

Air minuman ECPI keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna, apatah lagi keberkesanannya sudah terbukti. Namun, pengguna kini mempunyai pilihan untuk melihat kesan lebih menakjubkan kerana produk berkenaan boleh digunakan bersama dua lagi produk iaitu ECPI GTH dan ECPI Anggun. Pengurus Pemasaran, Kamsani Saidin, berkata jika selama ini pengguna hanya mengenali ECPI sebagai minuman kesihatan, namun ia boleh dilengkapi dengan penggunaan ECPI GTH yang digunakan bersama air minuman ECPI. “ECPI GTH perlu digunakan dengan air minuman ECPI kerana kesannya lebih menakjubkan. Empat hingga 13 titik diperlukan untuk minuman tiga kali sehari,” katanya. Menurutnya, setiap individu mempunyai tahap keperluan berbeza dan ia juga bergantung kepada tahap kesihatan mereka. “Jika pengguna berkenaan mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis, mereka perlu menggunakan lebih banyak ECPI GTH dan air minuman ECPI juga perlu diminum dua botol setiap hari,” katanya. Bagaimanapun, katanya, jika individu tidak mempunyai masalah kesihatan, sebaliknya mengambil minuman berkenaan untuk tujuan memudahkan pelawasan, setiap hari hanya memerlukan satu botol air mirtuman bersama empat titik ECPI GTH. “ECPI GTH bukan sekadar makanan tambahan biasa sebaliknya mempunyai pelbagai khasiat yang sudah digabungkan menggunakan kaedah saintifik. “la kombinasi revolusi pemakanan terbaik dunia dan mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik, malah turut memiliki khasiat pelbagati herba, antioksida dan vitamin,” katanya. Menurutnya, khasiat produk itu mampu merawat pelbagai penyakit termasuk angin ahmar, alergi, gout, cirit-birit, masalah haid serta darah tinggi. “Ramai pengguna berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan, malah sekiranya baru mencuba pengguna tidak perlu bimbang kerana ia tidak meninggalkan kesan sampingan dan berkesan dalam masa 15 minit,” katanya. Air minuman ECPI seperti air minuman biasa, namun molekulnya lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikannya tidak seperti air minuman biasa. “ECPI GTH pula melengkapkan penggunaannya dan kesannya boleh dilihat dalam masa terdekat kerana ia berfungsi secara semula jadi,” katanya. Dalam pada itu, Kamsani berkata, menyedari kecantikan turut menjadi perkara yang mendapat keutamaan setiap individu, syarikatnya turut mengeluarkan produk kecantikan dinamakan ECPI Anggun. Ia berfungsi sebagai elemen dandanan dan kecantikan yang terkandung dalam satu produk, malah mengandungi pelbagai vitamin yang dihasilkan daripada gelombang tenaga bahan perawatan dan penjagaan kecantikan. “ECPI Anggun bukan sekadar produk kosmetik biasa kerana ia berfungsi sebagai pembersih muka, skrub, pelembap, penyegar serta bedak asas. “la juga boleh membantu merawat masalah jerawat, panau, jeragat, kedutan serta menegangkan kulit,” katanya. Menurutnya, produk berkenaan sesuai digunakan wanita yang memiliki gaya hidup agak sibuk dan penggunaan ECPI Anggun akan menjimatkan masa. “Tidak seperti kebanyakan produk lain yang memerlukan botol berbeza untuk fungsi berlainan, ECPI Anggun mampu menjalankan pelbagai ‘tugas’ tetapi hanya dengan kandungan dalam satu botol.” katanya. Istimewanya produk ini 100 peratus semula jadi dan diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia. “Bahan ini sangat penting kerana ia boleh digunakan semua jenis kulit dan pengguna tidak perlu risau mengenai kesan sampingan kerana ia terdiri daripada bahan semula jadi tanpa campuran bahan kimia,” katanya.

Keratan Akhbar Berkenaan ECPI Anggun



Harian Metro 30 Mei 2009

GESUNDHEIT Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheitlabs) tidak pernah ketandusan idea untuk mencipta produk baru kepada pelanggan khususnya untuk menjaga kecantikan dan kesihatan badan. Terbaru, Anggun Beauty ECPI dicipta khusus bagi mengembalikan kesegaran dan menegangkan kulit di samping mengekalkan kecergasan diri supaya kelihatan bertenaga sepanjang masa.

Produk keluaran Gesundheitlabs itu berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit terutama yang berkaitan dengan masalah kulit dan mampu memberikan kelegaan kepada pengguna dalam masa singkat. Pengguna dapat merasakan perubahan secara berperingkat jika menggunakannya mengikut arahan dltetapkan, namun keputusan yang diperoleh bagi setiap individu berbeza-beza.

Bagaimanapun, setakat ini pihak Gesundheitlabs menerima maklum balas positif daripada pengguna yang mengamalkan produk Anggun Beauty ECPI sejak ia mula dipasarkan setahun lalu. Permintaan terhadap produk itu juga semakin bertambah dan semasa ke semasa dan tidak hairanlah ia sesuai digunakan semua golongan tidak kira lelaki ataupun wanita.

Seorang pengguna produk berkenaan, Latifah Ab Rahman, 49, berkata sejak menggunakan produk terbabit setahun lalu, kesihatannya bertambah baik dan kulit menjadi lebih lembut serta bersih. Katanya, penggunaan produk itu memberi tindak balas segera iaitu kulit wajah menjadi lebih segar dan tompok hitam tidak kelihatan terutama pada muka. "Saya menggunakan Anggun Beauty ECPI kira-kira setahun ialu dan ternyata produk ini amat berkesan pada kulit saya yang kini lebih bersih, segar dan anjal."

"Selain itu, produk ini mampu menyembuhkan penyakit seperti bisul, kulit merekah, lebam dan lain-lain serta sesuai digunakan pada bila-bila masa,* katanya.
Bagi Fadzilah Abd Latif, 60, masalah jeragat yang dihadapinya berjaya dihindari selepas menggunakan Anggun Beauty ECPI sejak tiga bulan lalu. Beliau berkata, selain itu produk itu juga boleh menyeri dan memutihkan kulit dengan berkesan sekiranya penggunaannya dilakukan secara kerap dan teratur. Azatul Asnidar Abdul Aziz, 38, berkata dia mula menggunakan produk itu selepas mengalami rekahan pada kulit tumit. "Kulit saya menjadi lebih putih dan tegang malahan rekahan pada kulit tumit saya juga sembuh dalam masa singkat," katanya.

Seorang lagi pengguna, K. Kumasegaran, 48, berkata selepas menggunakan produk itu sejak sebulan lalu, dia dapat berasakan perjalanan darah semakin stabil berbanding dulu. Sementara itu, Aziz Mohd Nor, 43, pula berkata, dia berjaya mengatasi masalah resdung dihadapinya sejak 14 tahun lalu dengan penggunaan produk itu secara teratur. Katanya, ternyata Anggun Beauty ECPI memberikan kesan maksimum dan cepat apabila digunakan dan berpuas hati dengan produk terbabit.

"la ternyata memberikan tindak balas cepat dan mampu mengembalikan kesihatan diri secara luaran dan dalaman tanpa thong menunggu lebih lama," katanya. Bagi Azizah Ali, 39, yang mempunyai masalah kulit gatal berpendapat Anggun Beauty ECPI sangat berkesan kerana masalahnya betjaya diatasi selepas menggunakan produk itu sejak akhir tahun lalu.

Keratan Akhbar Berkenaan ECPI Water


Harian Metro 27 Jun 2009

SELEPAS terbukti sebagai produk mampu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, status air mlnuman ECPI sebagai minuman kesihatan semakin tersohor dan laris di pasaran. Apa yang membezakan produk keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheitlabs) ini ialah ia dihasilkan melalui kajian teliti yang dijalankan selama lebih 15 tahun.

Pengerusi Eksekutif Gesundheitlabs, Profesor Dr Amir Hamzah Abdul Hamid berkata, syarikatnya menghasilkan air minuman ECPI kerana menyedari pengguna memerlukan produk kesihatan dalam bentuk minuman kerana ia praktikal digunakan.

"Selain itu, air memang diperlukan manusia setiap hari sebagai keperluan diri demi mengekalkan kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Air aset terpenting diperlukan tubuh kita. Sehubungan itu, kita memerlukan sejenis minuman yang mampu menjadikan diri sihat dan menghindari daripada dijangkiti penyakit yang tidak diingini," katanya.

Menurutnya, Gesundheitlabs menghasilkan air minuman ECPI dengan penuh teliti dan kepakaran supaya pengguna dapat menikmati keistimewaannya. Katanya, ia adalah penghasilan melalui gabungan revolusi teknologi rawatan air terbaik dunia dan teknologi 'spacetime' bagi menghasilkan air terbaik untuk keperluan kesihatan tubuh manusia. Air minuman ECPI juga air minuman beralkali dan mengandungi oksigen 20 peratus lebih tinggi berbanding air biasa. Menurut Amir, air minuman ECPI mengandungi pelbagai kelebihan berbanding air minuman biasa dan pengguna akan merasai perbezaannya apabila mula menggunakannya.

Katanya, antara tindak balas itu untuk menghindar dan membaiki kerosakan asid deoksiribonukleik (ONA) yang tidak normal, merangsang sistem ketahanan, meningkatkan kemampuan sel darah merah mengumpul oksigen, membawa oksigen ke dalam sel dan mengeluarkan gas buangan serta menyah sisa toksin daripada seluruh badan. Air minuman ECPI juga membantu mengatasi masalah saluran jantung dan otak yang sempit, membekalkan tenaga elektrik bagi merangsang fungsi otak, membina kekuatan tulang rangka, bertindak melincirkan kawasan sendi dan menghindarkan sakit sendi serta sakit bahagian belakang.

"Produk ini akan bertindak secara berbeza mengikut keperluan kesesuaian pengguna yang mengamalkannya. Pengguna tidak perlu risau akan tindak balas yang berlaku akibat penggunaannya kerana tiada kesan memudaratkan terhadap tubuh." katanya. Menurutnya, Gesundheitlabs menerima maklum balas positif daripada kalangan pengguna air minuman ECPI yang sudah dipasarkan lebih kurang 10 tahun lalu. Selain mengekalkan kesihatan, air minuman ECPI juga mampu menjadikan pengguna kelihatan lebih berseri dan memiliki kulit lebih cantik serta halus.